satu kisah utk dikongsi.................................slamat
membaca^_^ Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka
membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu
lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari,
dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu
nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat ".
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu.
Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat
ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka
mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk
berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu
bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun
begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali
bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun
kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke
medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang
sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis
kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi "kalau Allah
panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di
stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan
memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku
akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar
merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan
bertemu orang tuaku".
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu
Beberapa bulan kemudian
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen
keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di
tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di
stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah
sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang
agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda
sambil melihat sekeliling seolah mencari seseorang. Kakinya kudung dan
tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga
mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal
dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya,
namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si
jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku
amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam
bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk
bertemu denganmu" kata jejaka itu. Si gadis itu tersenyum lagi dan
berkata, "aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis
cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku
memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan
stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang
tuamu". Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia
melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya
dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia
menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki
seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?
No comments:
Post a Comment