Seorang
lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia
berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki
itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan
pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan
menuju masjid.
Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.
Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang
lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2
kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk
menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka
berdua berjalan ke masjid.
Saat sampai di masjid, lelaki muda
itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh
bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya
sama.
Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:
Aku adalah Syaitan
Lelaki muda itu sungguh terkejut..!
Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah
yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan
badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya
membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah
fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.
Kerana itu, Allah
mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu
jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh
penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid
dgn selamat..'
P/S : Jangan abaikan suatu niat baik yg
kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita
perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat
baik tersebut .
No comments:
Post a Comment